Technology adds a lot of new vocabulary to the dictionary. The term 'phablet', for example, was coined to describe a device that is a mixture of a phone and tablet. While the convertible laptop-tablet devices have yet to find their own specific term yet (Laplet? Lablet? Tabtop?), there is no denying that these hybrid devices, with detachable and flexible screens, are the future of conventional laptops.
At the end of April, Lenovo launched one such convertible laptop-tablet in Malaysia, the ThinkPad Helix. Targeted at business professionals, the 1.7kg Helix has a "rip and flip" design, which allows the device to be aligned in four modes.
Gubahan bunga tinggi sangat sesuai kerana bukan
sahaja nampak cantik malah melarikan pandangan
mata tetamu pada titik tumpu yang kebiasaannya
pada meja makan atau langsir rumah
COMEL... gubahan ruang tamu harus comel serta tidak menghalang pandangan mata
CANTIK... gubahan meja makan tidak boleh terlalu besar supaya tetamu lebih teruja melihat hidangan
Roslan bergambar dengan gubahan bunga piramid tinggi yang sedia diletakkan di sudut ruang tamu
SEPANJANG Syawal ini, pastinya suri rumah tercari-cari gubahan bunga sesuai untuk diletakkan di meja makan atau meja kopi juga ruang yang dapat menambah seri pada sudut tertentu.
Pada hari perayaan, pasti gubahan bunga lebih istimewa berbanding hari biasa. Ini kerana selain hidangan di atas meja makan, gubahan bunga yang cantik serta sesuai mampu menarik tumpuan mata tetamu sekali gus menambah keceriaan pada seni hiasan rumah.
Menurut Ketua Penggubah Bunga, Hotel One World, Roslan Razali, selain meja makan dan ruang tamu, wanita sering melupakan hiasan sudut rumah yang pastinya menjadi tumpuan ketika tetamu melangkah ke pintu seperti bahagian ruang tamu, bersebelahan cermin besar atau meja makan.
Justeru, gubahan bunga tinggi sangat sesuai kerana bukan sahaja nampak cantik malah akan melarikan pandangan mata tetamu pada titik tumpu yang kebiasaannya pada meja makan atau langsir rumah.
Apa yang perlu diberi perhatian ialah bekas yang digunakan haruslah tinggi serta sedikit klasik.
Penggemar gubahan moden boleh memilih bekas kaca tinggi berukuran segi empat sama, runcing pada bahagian hadapan atau bekas kuprum dengan ukiran di luar.
Untuk perayaan Aidilfitri, pilih bunga lili putih atau merah jambu yang sesuai untuk gubahan ruang sudut kerana ukuran yang besar serta berbau wangi akan menyemarakkan lagi keceriaan rumah.
"Gubahan bunga tinggi perlu menggunakan bungabesar seperti lili atau bunga matahari kerana ia kelihatan dari jauh.
"Bunga lili juga tahan lama, sekitar empat atau lima hari serta masih mengeluarkan haruman yang sama. Namun tiada salahnya menggunakan mawar namun agak klise kerana sering digunakan untuk gubahan pelbagai acara keraian lain," katanya.
Bagi mencari kelainan, terpulang kepada kreativiti masing-masing. Anda boleh menggunakan pelbagai perhiasan yang digubah bersama bunga seperti kristal, reben, kertas dan klip kertas.
Untuk gubahan bunga berbentuk piramid, Roslan menggunakan dawai merah, pelekat polka dot dan klip kertas.
Tip penting:
* Untuk gubahan bunga meja makan atau meja kopi, elakkan gubahan besar yang boleh mengganggu pandangan mata tetamu.
* Elakkan gubahan yang perlu dialih ke sana sini kerana tidak manis dipandang tetamu.
* Warna yang sesuai untuk Aidilfitri ialah hijau, putih, kuning dan merah jambu.
* Semburkan gubahan bunga dengan air setiap hari bagi memastikan kesegaran bunga terjaga.