Popular in Style
Kurung moden bersulam manik
Anggun di majlis, ke pejabat penuh gaya
Tudung eksklusif D Haja
Keselesaan maksimum
Well-heeled in batik and songket
 
 
Custom Search

what's popular?

Eats
Gai Ta Kra
more Eats

Travelific

Wild time at Cherating
more Travelific

Gadgets
ThinkPad Helix is all business

Technology adds a lot of new vocabulary to the dictionary. The term 'phablet', for example, was coined to describe a device that is a mixture of a phone and tablet. While the convertible laptop-tablet devices have yet to find their own specific term yet (Laplet? Lablet? Tabtop?), there is no denying that these hybrid devices, with detachable and flexible screens, are the future of conventional laptops. At the end of April, Lenovo launched one such convertible laptop-tablet in Malaysia, the ThinkPad Helix. Targeted at business professionals, the 1.7kg Helix has a "rip and flip" design, which allows the device to be aligned in four modes.


more Gadgets

Kasut warna-warni
Style
   
Gaya terkini untuk semua peringkat
  • ALAN bersama ibunya, Alice Yong

  • AnTARA koleksi Princess yang sesuai digayakan di Aidilfitri

MEMASUKI ruangan pameran kasut Princess, di Jalan Tunku Abdul Rahman, mata terus meliar apabila ratusan kasut tersusun rapi di rak dengan pelbagai reka bentuk serta warna yang sungguh menceriakan suasana.

Terlintas di minda, hebat sungguh perekanya yang bijak mencipta reka bentuk dengan gaya anggun serta gaya fesyen terkini seakan mahu saja memiliki seberapa banyak kasut untuk koleksi sendiri.

Dari kasut bertumit tinggi, ballerina hingga ke sandal anggun mudah disarung, pasti yang melihatnya akan teruja untuk memakainya kerana ia juga memenuhi cita rasa wanita Malaysia yang gemar meneroka fesyen terkini dan menjaga penampilan diri.

Princess jenama terkemuka buatan Malaysia, sudah bertapak sejak 1981 ternyata memahami naluri wanita yang sentiasa mahu tampil dengan gaya menawan, mengikut fesyen trend terkini, selesa dan berkualiti.

Kasut memang dicipta untuk melindungi kaki daripada tercedera, malah ia pelengkap kepada seseorang untuk melangkah lebih bergaya dan sempurna.

Sejajar dengan sejarah dan industri kasut dunia, Princess tidak ketinggalan menyediakan reka bentuk terkini untuk memenuhi cita rasa wanita pelbagai peringkat usia dan latar belakang.

Koleksi fesyen kasut pelbagai rekaan meliputi kasut bertumit tinggi, tanpa tumit, ballerina dan sandal mampu menggamit hati wanita untuk memilikinya.

Istimewanya, Princess dipercayai satu-satunya kedai yang menyediakan koleksi terbaru dengan pelbagai reka bentuk khusus untuk wanita bersaiz besar dan bertapak lebar, iaitu sehingga daripada saiz 9 hingga 13.

Bertepatan dengan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, Princess, turut mahu memeriahkan sambutan perayaan itu dengan kasut rekaan terbaru yang lebih berwarna-warni, selesa dipakai dengan harga berpatutan.

Ketua Pegawai Eksekutif Princess, Alan Lok, berkata sempena Aidilfitri ini, pihaknya menghidangkan reka bentuk terkini untuk peminat kasut dengan gaya anggun, kasual, selesa dan mudah dengan warna garang sesuai untuk sambutan musim perayaan sama ada bertumit tinggi, rendah atau rata.

Katanya, sempena Aidilfitri ini, kita mempelbagaikan lagi rekaan kasut yang selesa dan mudah digayakan pemakaiannya sepanjang hari tanpa rasa lenguh atau memedihkan kaki walaupun bertumit tinggi. Warna ceria, bersulam dan bertatahkan permata menambahkan pilihan kepada pelanggan.

"Bagi mereka yang sukakan reka bentuk rata atau ballerina ia tetap tidak mencacatkan pemakaiannya jika ia digayakan dengan baju kurung dan masih nampak ekslusif.

"Reka bentuk gladiator dan ballerina berwarna emas, perak, putih dan merah jambu menjadikan wanita nampak begitu cantik, manis serta seksi, selain mampu mencuri tumpuan orang ke arah si pemakainya ketika bertandang ke rumah rakan pada musim perayaan nanti," katanya.

Alan yang begitu mengagumi kehebatan ibunya, Alice Yong, 59, yang bertanggungjawab membangun dan memperkenalkan Princess berkata, bagi memudahkan seisi keluarga membelibelah untuk keperluan Aidilfitri di bawah satu bumbung, kasut pelbagai kategori dan usia tidak saja tertakluk kepada wanita, malah, kanak-kanak, remaja dan lelaki juga ada di sini.

Katanya, pelanggan sewajarnya membuat pilihan kasut yang bertepatan dengan personaliti diri dan sesuai dengan bentuk kaki supaya terserlah penampilannya.

Katanya, gabungan Eropah dan Asia menjadikan kasut di kedainya mempunyai kelas tersendiri dan mampu bersaing dengan jenama popular lain yang sudah kukuh.

"Lebih 60 peratus daripada rekaan kasut itu adalah dihasilkan oleh pereka di syarikat Princess sendiri, selain ada juga idea saya sendiri bagi memenuhi kehendak pelanggan yang pelbagai cita rasa. Kita sentiasa mementingkan kualiti dalam setiap pembuatan kasut.

"Sejajar dengan perkembangan fesyen kasut, pihaknya juga akan menyediakan koleksi baru dengan fesyen terkini setiap bulan bagi membolehkan orang ramai membuat pilihan dan tidak bosan dengan koleksi sama," katanya yang tidak menolak kemungkinan untuk meluaskan rangkaian di negeri lain seperti Pulau Pinang, Melaka dan Perak, Sabah dan Sarawak dalam tempoh dua tahun akan datang.

Ketika ini, 10 cawangan Princess yang semuanya terletak di Lembah Klang.

Apa yang menarik, kewujudan ratusan jenama di pasaran tidak menggugat Princess, sebaliknya namanya terus kekal kukuh walaupun sudah 30 tahun berada di pasaran kerana pelanggan yang sudah biasa memakai kasut ini, pasti akan kembali lagi kerana keselesaannya.

Alan pemegang Ijazah Pemasaran dan Peruncitan dari Universiti Canterbury Christ Church, Canterbury Kent, United Kingdom, yang kini baru mencecah usia 22 tahun, menegaskan keunikan Princess ialah menyediakan kasut dengan fesyen mengikut peredaran zaman, prihatin dengan cita rasa pelanggan, menggunakan bahan seperti kulit lembu atau kain berkualiti, selesa dan harga berpatutan.

Princess menumpukan lima jenis pilihan dengan rekaan mengikut kategori dan peringkat usia, iaitu fesyen terkini, pumps, selesa, bersaiz besar dan Viani.

"Fokus pembuatan kasut di Princess memang sesuai di gayakan untuk pelbagai situasi, kasual, santai, untuk ke pejabat atau majlis tertentu seperti menghadiri undangan makan malam, parti dan majlis perkahwinan," katanya yang akan terus memartabatkan Princess sebaris jenama terkenal dunia.

Bagi melengkapkan keperluan fesyen wanita juga mengeluarkan aksesori lain termasuk tas tangan, beg genggam dan dompet pelbagai warna atas jenama Princess.

Namun, sempena Aidilfitri ini, semua 10 rangkaian cawangan Princess, akan membuat jualan istimewa dengan diskaun sehingga 70 peratus.

Justeru, beliau mengalu-alukan kunjungi orang ramai dan membuat pilihan terbaik untuk seisi keluarga demi menceriakan lagi sambutan perayaan tahun ini.

Bagi mereka yang tidak sempat mengunjungi mana-mana cawangan Princess, pembelian dalam talian juga sudah mula dibuka sejak 20 Julai lalu, dengan melayari internet di alamat www.airasiamegastore.com.

INFO

5 jenis pilihan kasut di Princess

* Fesyen - Koleksi ini menampilkan kasut khusus digayakan untuk acara kasual dengan rekaan lebih menarik sesuai pelbagai aktiviti termasuk majlis malam dan hujung minggu. Musim ini koleksi fesyen beri tumpuan pada potongan but gladiator, berjalur, sandal dengan warna krim, putih, hitam pekat, merah saga dan perak.

* Pumps - Pumps menyediakan koleksi daripada kasut flat sehingga bertumit tinggi yang diperbuat daripada kulit untuk memberi lebih keselesaan. Pada musim ini, tumit kasut berwarna hitam, coklat, gelap dan bermotif haiwan untuk gaya yang lebih anggun.

* De Confort Princess - Kepada mereka mengutamakan keselesaan, Princess De Confort menyediakan pilihan sempurna pelbagai koleksi. De Confort menyediakan pengalas kaki lebih tebal untuk memberi keselesaan pada tumit kaki.

* Deluxe - Himpunan ini khusus bagi individu yang memiliki kasut bersaiz besar, iaitu 9-13. Pada musim ini Deluxe didatangkan dalam rupa lebih bergaya termasuk gladiator dengan warna menarik termasuk hitam dan keemasan

* Viani - Himpunan ini, khusus direka untuk wanita muda yang ranggi, lasak dan bergaya. Potongan ballerina termasuk perincian gancu dalam pelbagai warna termasuk merah jambu, biru dan merah sebagai titik tumpu.
Source : Berita Harian
By : Jami’ah Shukri
04 Aug 2010


Previous Page

 
Custom Search
Terms of Service |  Privacy Policy |  Contact Us |  RSS |  Copyright© NSTP e-Media Sdn Bhd (411895-A)
Best viewed in 1280x1024 resolution.