Technology adds a lot of new vocabulary to the dictionary. The term 'phablet', for example, was coined to describe a device that is a mixture of a phone and tablet. While the convertible laptop-tablet devices have yet to find their own specific term yet (Laplet? Lablet? Tabtop?), there is no denying that these hybrid devices, with detachable and flexible screens, are the future of conventional laptops.
At the end of April, Lenovo launched one such convertible laptop-tablet in Malaysia, the ThinkPad Helix. Targeted at business professionals, the 1.7kg Helix has a "rip and flip" design, which allows the device to be aligned in four modes.
DARI kiri; Mansor bersama McIntosh, Fang dan Wincci pada majlis pelancaran ‘Avon Laboratory of Bea
PIGMENTASI sering menjadi persoalan besar dalam minda kebanyakan wanita kerana kewujudan elemen berkenaan secara tidak langsung menimbulkan cela pada kulit wajah seiring dengan pertambahan usia yang dialami.
Selain pigmentasi akibat perubahan usia atau faktor lain, perubahan yang mungkin bakal dialami adalah kulit kehilangan keanjalan, wujud kedutan dan warna bertukar menjadi kusam, selain kering tidak bermaya.
Begitupun, jika anda prihatin mengenai kesihatan kulit wajah dan melakukan langkah bijak menjaganya sejak awal dengan mengikuti rutin paling asas seperti membersih serta menyapu krim khas bersesuaian, tentunya masalah berkaitan dapat diatasi walaupun tidak sepenuhnya.
Sehubungan itu, pastikan langkah awal diambil bagi kulit kekal cerah dan tegang walaupun usia meningkat. Jika anda tidak memiliki kulit cantik seperti ketika remaja sekalipun, sekurang-kurangnya ia kelihatan lebih muda berbanding usia sebenar.
Doktor kulit dan ahli pigmentasi Jabatan Dermatologi, Fakulti Perubatan Universiti Bandaraya Nagoya, Dr Yuji Yamaguchi, berkata pigmentasi adalah antara masalah serius yang lazim dialami wanita kerana banyak faktor.
"Antaranya adalah faktor usia, keadaan persekitaran dan mungkin kesilapan menggunakan produk penjagaan juga boleh menimbulkan pigmentasi pada kulit wajah. Bagaimanapun, penyelidikan di makmal sains mengenai pigmentasi ini menunjukkan ada cara tertentu yang boleh dilakukan bagi mengatasi kulit gelap itu," katanya pada majlis pelancaran produk penjagaan kulit Anew 360´ White `avon Laboratory of Beauty Discoveries´ di ibu kota, baru-baru ini.
Turut hadir, Presiden Avon Malaysia, Thailand dan Vietnam, Mansoor Wan Abdullah; Pengarah Kosmetik Avon RMBC (Avon Regional Brand Manager Centre) Angeline Nobel; Pengarah Asia Tenggara Cluster Avon, Sarah McIntosh; Naib Presiden Pemasaran Serantau, Angela Fang dan Ratu Malaysia/Dunia 2008/09 yang juga Duta Anew, Soo Wincci.
Dr Yamaguchi berkata, pigmen kulit yang menyumbang kepada pigmentasi mengandungi beberapa bahan tertentu yang boleh dikawal dengan cara khusus berdasarkan penyelidikan sains yang dilakukan di makmal Avon.
"Pigmen kulit diketahui dikawal oleh tiga enzim iaitu tyrosinase dan bahan dinamakan TRP1 dan TRP2. Kebanyakan produk kecantikan yang ada di pasaran hanya memfokus kepada satu enzim.
"Penyelidikan yang dilakukan pula membolehkan kami memfokuskan kepada ketiga-tiga enzim untuk mengelakkan berlakunya pigmentasi pada kulit," katanya.
Selain mengandungi enzim yang menyebabkan cela pada kulit, ada banyak lagi elemen lain mempengaruhi kulit manusia seperti kalsium yang berupaya menjadikan kulit wajah cantik atau sebaliknya kerana kalsium juga ada keburukan serta kebaikan tersendiri kepada manusia.
"Pigmen pada kulit mempunyai hubung kait dengan kalsium. Malah, kalsium memainkan peranan penting dalam pengawalan pembentukan pigmen. Pengurangan pengaliran kalsium terhadap sel pigmen boleh mengatasi pembentukan pigmen pada kulit.
"Apa yang teknologi kami lakukan adalah mengawal tiga enzim pada kulit yang ada kaitan dengan pengeluaran pigmen. Teknologi berkenaan juga mengurangkan pengaliran kalsium ke sel pigmen dan mengurangkan pembentukan pigmen," katanya.
Sehubungan itu, teknologi berkenaan yang terdapat dalam Anew 360 White menolong merangsang sel tenaga selain menjadikan kulit anjal dan kelihatan hidup, selain metabolisme yang baik akan menyebabkan sel kulit berfungsi pada tahap penuh.
Dengan penggunaan produk rangkaian Anew 360 White yang mengandungi bahan inovatif berfungsi menghentikan pengeluaran pigmen gelap, kulit akan kelihatan lebih cerah dan bersinar serta cantik. Anew juga mempunyai enam bahan revolusi yang memberi tenaga kepada sel kulit supaya tidak mengalami cela dan tompokan gelap.
Produk rangkaian penjagaan wajah Anew 360 White dihadirkan dalam empat jenis, clarifying cleanser 100 mililiter, activating lotion 100ml, protective cream SPF20 PA++ 30gm dan vitalizing cream 30gm. Ia sudah berada di pasaran sejak Mei lalu.
Gincu mineral rapikan bibir
TIDAK sempurna rejim kecantikan wanita sekiranya mengabaikan olesan warna merah pada bibir setiap kali tampil ke majlis atau acara tertentu. Sapuan gincu pada bibir juga sebenarnya bertindak melindungi bibir daripada kekeringan melampau.
Sehubungan itu, Avon menggabungkan mineral pelbagai khasiat sebagai ramuan khusus dalam gincu dihasilkan bagi menjadikan bibir sihat dan bermaya.
Dihasilkan dengan 100 peratus bahan dan warna mineral semula jadi, Smooth Mineral Lipstick memberi warna gemilang sekali gus melicin, melembap dan melindungi bibir dengan SPF 15.
Gincu berasaskan mineral ini juga bertekstur ringan berkrim memberi pilihan kemasan nipis hinggalah pekat dan mewah. Rumusan kompleks mega lembapan di dalamnya kaya dengan vitamin, aloe serta lepa koko yang membuatkan bibir kekal lembut bernutrisi serta lembap.
Lebih penting lagi, ia bebas bedak, bebas pewarna tiruan, bebas haruman dan bahan pengawet, jadi ia amat sesuai untuk kulit sensitif. Ia turut diperkaya dengan vitamin tertentu dan bahan antioksidan yang menjadikan bibir cantik, kemas dan mewah sempurna.
Smooth Mineral Lipstick boleh didapati dalam 10 rona neutral yang memikat untuk sinar teranggun dan kemasan versatil. Ia dijual pada harga RM25.90 (Sabah dan Sarawak RM28.90) dan boleh didapati melalui wakil Avon atau Butik Kecantikan Avon seluruh negara.
Antara warna yang ditawarkan adalah pink berry, pink quartz, rose garnet, plum craze, rumberry, apricot glow, crystal coral, cranberry, brick red dan rosy brown.
Pada acara sama, perunding kecantikan Avon, Zulfazli Suhadi, membuat demontrasi cara mengenakan gincu yang betul supaya bibir kelihatan sempurna.
Wangian harum hebatkan penampilan
WANGIAN antara kelengkapan dandanan diri yang sama sekali tidak boleh diabaikan. Malah wangian juga adalah teman akrab hampir kebanyakan individu kerana tanpa semburan haruman, mungkin ada yang berasa tidak lengkap penampilan mereka pada hari berkenaan.
Pada acara sama, haruman terkini Avon, Ungaro Fever for Her yang diperkenalkan duta wangian Avon, Nor Fazura Sharifuddin, menyuntik kelainan apabila ia diperkenalkan pada petang itu.
Haruman didatangkan dalam botol berbayang tubuh wanita yang anggun dengan lekukan serta lipatan mengimbau lapisan dress couture lambang ikonik negara.
INFO
Anew 360 White
* Berada di pasaran sejak Mei lalu. Sebarang maklumat mengenainya hubungi talian bebas tol Avon di 1-800-22-2866 atau layari www.my.avon.com.