Additionally, limited edition collection packs of the highly acclaimed PlayStation 3 exclusive title The Last of Us, the survival horror video game by the developer Naughty Dog Interactive, will be released along with the game on the same date.
16 butik jenama terkemuka tampil fesyen sesuai untuk semua peringkat usia.
CERIA...ringkas dan santai.
MINGGU Fesyen The Curve, Petaling Jaya, kali ini yang bertemakan Parti Hijau berlangsung meriah dalam suasana ceria dan penuh kehijauan bagaikan musim bunga.
Ia meliputi pakaian untuk semua acara, daripada gaun malam yang anggun, pakaian ke pejabat hingga pakaian harian dan aksesori yang perlu dimiliki bagi penggemar fesyen terkini.
Sebanyak 16 butik jenama terkemuka menyertai persembahan fesyen berkenaan antaranya August 8, Binwani´s, B-Ha Lingerie, Debenhems, Elements, Fokus Poit, Girls, G2000, Habib, Hair Kunst, Le Ann Maxima, Metrojaya, Nichii, PU3, T-Joue, The Wedding Boutique dan Uluwatu.
Setiap butik berkenaan kebanyakannya menampilkan fesyen santai yang ringkas untuk golongan muda-mudi, gaun malam labuh dan gaun koktel polos dengan sedikit hiasan di bahagian bahu dan leher. Ia menampakkan gaya klasik dan seksi kerana lebih memberi tumpuan pada warna hitam, hijau dan rona tanah di samping pakaian ke pejabat yang elegan dan kemas.
Pengurus The Curve, Adele D Flores berkata, fesyen dalam segala segi memainkan ekspresi kreatif dalam setiap gaya hidup harian.
"Oleh itu, setiap tahun The Curve berusaha menganjurkan Minggu Fesyen dan menggunakan pelbagai tema untuk menjadikannya lebih menarik," katanya.
Butik fesyen PU3, menampilkan rangkaian gaya terbaru yang kreatif malah gaun malam yang disediakan untuk minggu fesyen berkenaan nyata memberikan kelainan.
Walaupun rekaan gaun nampak ringkas dan lebih banyak menggunakan kain polos, ia mampu mencuri perhatian penonton.
Butik Binwani´s menampilkan gaun paras lutut untuk wanita menggunakan kain sutera dengan rekaan paling ringkas, tetapi menarik. Ia turut mengetengahkan pakaian lelaki bagi gaya kasual ketika menghadiri majlis keramaian atau makan malam.
Habib pula menyediakan pelbagai koleksi aksesori mewah dan menarik yang boleh menjadi pilihan sama ada untuk digayakan bersama gaun malam atau sekadar menjadi koleksi.
Selain itu, Fokus Point menonjolkan rekaan terkini kaca mata yang boleh disesuaikan untuk penggunaan harian sama ada bersantai atau bekerja.