Nutrisi tambahan elak kulit kusam
Beauty
   
´Glow´ dan ´Pynocare´ buat wajah lebih ceria
  • SUDHIR dan Karen bersama produk baru keluaran Mega Lifesciences

MASALAH kulit kusam, kering dan berkedut atau dalam bahasa saintifiknya, skin fatigue adalah petanda kepada rutin harian yang terlalu sibuk, pemakanan tidak seimbang dan tekanan dari persekitaran.

Justeru, ramai selesa menggunakan produk kecantikan seperti alat solek kerana mereka berasakan kaedah itu dapat membantu menutup cela di wajah dengan segera.

Tanpa sedar, penggunaan alat solek sebenarnya boleh mengundang masalah lain seperti jerawat dan alahan kulit, berbeza dengan penggunaan makanan tambahan yang mampu merawat kulit dari dalam.

Bagi wanita yang menghargai kecantikan kulit, dua produk kecantikan keluaran Mega Lifesciences iaitu Glow dan Pynocare dipercayai dapat membantu memberikan nutrisi tambahan diperlukan kulit.

Pengarah Serantau Mega Lifesciences Sdn Bhd, Sudhir Gandhi, berkata industri kecantikan berkembang disebabkan permintaan tinggi khususnya daripada pengguna wanita yang ingin mengekalkan keremajaan kulit.

"Data kami menunjukkan 50 peratus wanita di negara ini mengambil berat mengenai kecantikan wajah namun tidak ramai yang mengamalkan pengambilan nutrisi tambahan secara konsisten untuk kulit," katanya.

Namun, aliran gaya yang berubah seiring zaman menyebabkan ramai wanita mula mempercayai kecantikan semula jadi lebih menyerlah berbanding cantik melalui penggunaan alat solek.

Glow diadun khusus bagi wanita berusia 25 tahun ke atas mengandungi kompleks nutrisi tambahan untuk kesihatan kulit, SKHN dengan 11 nutrien daripada ekstrak tumbuhan dan protein marin membantu menghalang kerosakan pada lapisan sel kulit.

"Pengambilan Glow secara konsisten dapat membantu memperbaiki warna kulit, meningkatkan kitaran mikro serta melindungi kulit daripada radikal bebas dan sinar UV berbahaya. Glow disarankan sebagai makanan tambahan, sesuai untuk wanita dan lelaki," katanya.

Gandhi berkata, berbeza dengan kegunaan Pynocare, ia lebih dikhususkan untuk pengguna berusia 30 tahun ke atas yang berdepan masalah pigmentasi.

"Produk ini mengandungi bahan antioksidan yang mampu menghalang pengeluaran melanin berlebihan, sesuai digunakan pengguna yang sering terdedah kepada cahaya matahari, wanita selepas bersalin atau yang mengambil ubatan perancang keluarga.

"Kesannya boleh dilihat selepas dua bulan pengambilan kerana sel kulit baru bertukar setiap dua atau tiga bulan sekali. Bagi mendapatkan kesan yang lebih baik, pengguna juga boleh mengambil kedua-dua produk ini bersama," katanya.

Kata Gandhi, pengguna tidak perlu risau mengenai keselamatan produk kerana ia sudah melepasi ujian klinikal di Institut Kawalan Spin, Perancis dan Kementerian Kesihatan.

"Produk kami juga halal malah turut terkenal di kalangan wanita di India, Australia, Indonesia, Amerika Selatan dan Eropah Barat," katanya.

Bagi menghargai kesetiaan pengguna terhadap produk Glow dan Pynocare, Mega Lifesciences menawarkan 10 tiket untuk pengguna bertuah ke bengkel A Glowing Getaway, yang bakal diadakan di Lake Kenyir Resort & Spa, Kuala Terengganu pada 23 dan 24 September depan.

Pengurus Produknya, Karen See, berkata peraduan diadakan khusus bagi pengguna setia Glow dan Pynocare melapangkan fikiran sambil berkongsi petua kecantikan bersama pakar kecantikan serta dua selebriti terkenal, Noniswara Baharudin dan Angel Wong.

Source : Berita Harian
By : Siti Nur Almizan Aripin
09 Sep 2010

Share

Previous Page